.
 

MESYUARAT MBJ ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU (LPB) SERTA KUNJUNGAN dan LAWATAN KE LEMBAGA PELABUHAN KEMAMAN (LPKmn)



Pada 10 Julai 2023 (Isnin), Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah mengadakan Mesyuarat MBJ antara Majikan dan Pekerja di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan.  Sejurus selesai mesyuarat, MBJ LPB yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Mizool Bin Mat Drus, buat julung kalinya melakukan kunjungan dan lawatan ke Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn).
 
Kunjungan dan lawatan delegasi daripada LPB telah disambut oleh Pengurusan LPKmn   diketuai oleh Pengurus Kanan LPKmn, Encik Idi Amin bin Salleh.  Lawatan dimulai dengan port tour Pelabuhan Kemaman dan diakhiri dengan sesi pembentangan mengenai perkembangan terkini LPKmn di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kemaman, Terengganu. 
 
Tujuan kunjungan dan lawatan ini diadakan adalah bagi mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada diantara LPB dengan LPKmn  disamping untuk melihat pembangunan dan operasi di Pelabuhan Kemaman. Kunjungan dan lawatan  delegasi daripada LPB turut disertai oleh Penolong Pengurus Besar Korporat, Encik Anuar bin Aikne dan Tuan Dzulkarnain Abbas bin Abdullah, selaku Pengerusi MBJ Pekerja serta berapa orang pegawai dan ahli-ahli MBJ LPB.
 
 
  
  

 
 
 
Statistik Pelawat
5541722
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile