VISI, MISI DAN OBJEKTIF



    VISI DAN MISI KORPORAT

 

Sebagai Pihak Berkuasa dan Badan Kawalselia Pelabuhan, Visi dan Misi LPB untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu pelabuhan yang paling efisien, selamat dan menguntungkan di rantau ini.  Untuk merealisasikan visi tersebut, LPB telah merangka misi berikut: 

 

  • Memastikan pengendalian operasi pelabuhan oleh pihak swasta berjalan dengan lancar

 

  • Memastikan pengguna pelabuhan mendapat perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan pelabuhan-pelabuhan utama di rantau ini;

 

  • Mengambil tindakan segera terhadap aduan dan mengambil kira pandangan orang awam mengenai perkhidmatan dan kemudahan di pelabuhan;

 

  • Melahirkan tenaga kerja professional, mahir dan terlatih untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan produktiviti;

 

  • Memastikan pengguna pelabuhan mematuhi segala garis panduan pelabuhan dan menjalankan kerja-kerja pengendalian mengikut perundangan dan peraturan LPB;

 

  • Memajukan dan menggalakkan perkembangan, pembangunan dan infrastruktur pelabuhan untuk kemudahan penggunanya;

 

  • Mewujudkan kemudahan pelabuhan yang lengkap dan termoden dalam pengendalian gas asli cecair (LNG) serta berusaha menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan utama dalam bidang tersebut di pasaran dunia.

 

 

OBJEKTIF

 

Menjalankan aktiviti pengawalseliaan perkhidmatan pelabuhan yang  berkualiti dan mampu berdaya saing setanding dengan pelabuhan-pelabuhan utama di rantau ini.

 

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan pelabuhan menepati kehendak pelanggan.

 

Memastikan pembangunan infrastruktur selari dengan kehendak pengguna dari masa ke semasa.


 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web