WHISTLE BLOWING: TERMS AND CONDITIONS



ADUAN

Pengguna adalah dinasihatkan membaca, memahami dan mematuhi terma dan syarat berikut sebelum membuat sebarang aduan.

 

'WHISTLE BLOWING': TERMA DAN SYARAT

Di bawah adalah terma-terma dan syarat-syarat penggunaan sistem ‘Whistel Blowing’ serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di sistem ini.

Sekiranya anda mengakses web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna (pemberi maklumat), dan kami, pihak Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) bagi akses dan/atau penggunaan sistem ini.

Penggunaan dan/atau akses anda kepada sistem ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

 

PENGGUNAAN SISTEM

1.0 HAD TANGGUNGJAWAB

Sebagai pemberi maklumat, anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa LPB tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau ‘exemplary’, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;

2. kos yang berkaitan berikutan penggunaan sistem, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman ini;

3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran data anda;

4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman ini; atau

5. perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman ini.

 

2.0 KERAHSIAAN

1. LPB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kebocoran maklumat berkaitan penyelewengan yang didedahkan jika ia disebabkan kecuaian anda sendiri.

2. Sebagai kawalan, anda boleh mencetak laporan yang telah dibuat iaitu ’Salinan Pengadu’ dan sekiranya cetakan tersebut hilang/maklumat bocor maka LPB tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh dikenakan tindakan.

 

3.0 TANGGUNGJAWAB PEMBERI MAKLUMAT

1. Pemberi maklumat hendaklah mengemukakan laporan yang sahih dengan disokong oleh bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang relevan;

2. Sekiranya laporan yang dikemukakan didapati palsu, maka tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pemberi maklumat tersebut.

 

4.0 TANGGUNGJAWAB LPB

Semua pendedahan salah laku yang diterima melalui sistem ini adalah dirahsiakan dan identiti pemberi maklumat terjamin melainkan pemberi maklumat sendiri tidak mahu identitinya dirahsiakan.


 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web