Soalan Lazim


Umum
1.Perbezaan di antara Lembaha Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Sdn. Bhd.?
2.Apakah kemudahan yang ada pada Pelabuhan Bintulu?
3.Apakah TEU?
4.Apakah Waktu Operasi LPB?
5.Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Lembaga Pelabuhan Bintulu?
Maklum Balas
6.Apakah tujuan Borang Maklum Balas?
7.Bagaimana maklum balas boleh membantu saya?
Whistle Blowing
8.Apakah itu 'whistle blowing'?
9.Apakah tujuan 'whistle blowing'?
10.Siapakah yang boleh membuat aduan?
11.Apakah polisi berkaitan prosedur ‘whistle blowing’?
12.Bagaimana proses pengaduan dibuat?
13.Bagaimana tatacara pengurusan terhadap aduan dijalankan?
14.Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya aduan yang dikemukakan adalah palsu?



Umum
1.
Perbezaan di antara Lembaha Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Sdn. Bhd.?

Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia untuk Pelabuhan Bintulu dan merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan. Manakala Bintulu Port Sdn. Bhd. merupakan operator pelabuhan yang dilesenkan oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk menjalankan operasi di Pelabuhan Bintulu.


2.
Apakah kemudahan yang ada pada Pelabuhan Bintulu?

Kami ada:-

  1. General Cargo Wharves
  2. Bulk Cargo Wharf
  3. Container Terminal
  4. Multipurpose Terminal
  5. Liquid Bulk Cargo Terminal
  6. Palm Oil Terminal
  7. LNG Terminal
  8. LPG Jetty
  9. Coastal Terminal

3.
Apakah TEU?

TEU adalah (unit persamaan dua puluh) untuk pengiraan kontena sepanjang dua puluh kaki.


4.
Apakah Waktu Operasi LPB?

Isnin hingga Khamis:

8:00 pagi - 1:00 petang 

2:00 petang - 5:00 petang

 

Jumaat:

8:00 pagi - 11.45 pagi

 2.15 petang - 5:00 petang

 

Sabtu/Ahad/Cuti Umun:

Tutup


5.
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Lembaga Pelabuhan Bintulu?

Sila isi borang maklum balas untuk sebarang maklum balas berkenaan portal ini.

atau

Anda boleh menghubungi:-

Bahagian Teknologi Maklumat
Telefon Utama: 086-253888 atau 086-232800
Faks Utama: 086-252929
Emel: adminlpb@bpa.gov.my


Maklum Balas
6.
Apakah tujuan Borang Maklum Balas?

Borang Maklum Balas digunakan untuk memberi sebarang cadangan, pertanyaan atau melaporkan sebarang masalah yang terdapat pada laman LPB.


7.
Bagaimana maklum balas boleh membantu saya?

Kami akan cuba menjawab semua soalan yang berkaitan dengan Laman LPB. Kami juga membantu menyalurkan soalan khusus anda kepada bahagian yang berkaitan dalam LPB.


Whistle Blowing
8.
Apakah itu 'whistle blowing'?

‘Whistle blowing' merupakan satu konsep yang berkaitan dengan pendedahan kepada penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dan tidak sah  dari segi peraturan dan undang-undang yang berlaku di dalam Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB).


9.
Apakah tujuan 'whistle blowing'?

 

  1. Sebagai satu 'platform' dan mekanisme dalaman kepada pegawai dan kakitangan  LPB bagi melaporkan aduan, laporan dan maklumat berkaitan dengan penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPB dan tidak sah dari segi undang-undang yang dilakukan oleh kakitangan atau pengurusan LPB.
  2. Menggalakkan pengadu melaporkan aduan dan/atau maklumat melalui satu saluran aduan dalaman secara sistematik sebelum ianya dibawa ke pihak luar.
  3. Dapat mewujudkan suasana telus dan keterbukaan dalam melaporkan sebarang penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPB dan tidak sah dari segi undang-undang, yang berlaku di dalam LPB.

10.
Siapakah yang boleh membuat aduan?

Pendedahan mengenai perkara-perkara di atas boleh dilakukan oleh pegawai dan kakitangan LPB termasuk ahli Jemaah Lembaga, kepada Pegawai yang dilantik (PYD) di LPB.


11.
Apakah polisi berkaitan prosedur ‘whistle blowing’?

 

  1. LPB bertanggungjawab mengurus dan menyiasat semua jenis aduan, laporan atau maklumat mengenai penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi undang-undang, yang diterima daripada mana-mana pihak.
  2. LPB memberi jaminan bahawa dalam menguruskan aduan, laporan atau maklumat di atas, identiti pengadu akan dirahsiakan daripada mana-mana pihak yang tidak berkenaan.
  3. LPB akan memastikan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap pengadu yang dengan secara jujur dan suci hati melaporkan sebarang aduan, laporan atau maklumat yang pada pendapat dan sangkaannya benar-benar berlaku.
  4. LPB akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan palsu atau sengaja membuat tohmahan dan/atau fitnah terhadap pihak lain.

12.
Bagaimana proses pengaduan dibuat?

 

  1. Aduan, laporan atau maklumat boleh dibuat kepada Pegawai yang dilantik (PYD) melalui salah satu daripada kaedah-kaedah berikut:
    • Secara on-line melalui www.bpa.gov.my; atau
    • Secara bertulis kepada Pegawai yang dilantik (PYD) (Ketua Jabatan Audit Dalam)
  2. Pegawai yang dilantik (PYD) kemudiannya akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut sebelum diutarakan kepada Jawatankuasa yang berkenaan untuk tindakan.
  3. Kandungan aduan, laporan atau maklumat hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
    • Latar belakang seperti tempat, tarikh dan masa kejadian.
    • Pekerja atau pihak yang terlibat atau disyaki terlibat.
    • Keterangan mengenai penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPB dan tidak sah dari segi undang-undang.
    • Bukti atau saksi yang boleh membantu.
    • Alasan-alasan kenapa aduan, laporan atau maklumat dibuat sebagai contoh ianya telah melibatkan kerugian kewangan LPB, menjejaskan keharmonian tempat bertugas dan sebagainya.
    • Butir-butir pengadu seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

13.
Bagaimana tatacara pengurusan terhadap aduan dijalankan?

 

  1. Setiap aduan, laporan atau maklumat yang diterima akan didaftarkan dan akan diberi maklum balas melalui laman web dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  2. Pegawai yang dilantik (PYD) akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut dan seterusnya diutarakan kepada jawatankuasa yang berkenaan.
  3. Jawatankuasa berkenaan setelah menerima laporan daripada Pegawai yang dilantik (PYD) akan mengkaji laporan tersebut dan memutuskan tindakan yang perlu diambil. Sekiranya laporan tidak mencukupi atau tidak lengkap dan memerlukan maklumat lanjut, jawatankuasa berkenaan akan merujuk kembali kepada Pegawai yang dilantik (PYD) untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum memutuskan sebarang tindakan.
  4. Sekiranya jawatankuasa berkenaan berpendapat wujudnya salah laku dan perlu diambil tindakan tatatertib maka satu arahan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib LPB untuk tindakan selanjutnya.
  5. Pengadu akan dimaklumkan sebarang keputusan atau hasil tindakan terhadap aduan, laporan atau maklumat yang telah dibuat.

14.
Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya aduan yang dikemukakan adalah palsu?

Sebarang aduan, laporan atau maklumat palsu dan/atau sengaja membuat tohmahan dan/atau berunsur fitnah atau dibuat sama ada untuk menjatuhkan imej seseorang pekerja atau imej LPB dan/atau untuk apa-apa tujuan lain sekalipun dan penyalahgunaan mekanisme Sistem Pemberi Maklumat, merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib boleh diambil kepada pekerja yang terlibat.



 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile