MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN



Kuching, 19 Julai 2022 – Majlis penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2022 oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah diadakan dikediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Mewakili LPB adalah Penolong Pengurus  Besar (Operasi), Yang Berusaha Kapt. Hj. Zakhir Khan Bin Yusop.  Beliau diiringi oleh beberapa pegawai kanan iaitu, Encik Mohd Yoshikatriezan Bin Abeng, Pegawai Operasi, Encik Ariffuddin Bin Raduan, Pegawai Tadbir (Kebombaan) dan beberapa pegawai LPB. 
Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan YBhg Datu Hj. Abg Mohd Shibli B. Hj. Abg Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak.
LPB berharap pemberian zakat ini dapat digunakan untuk membantu umat Islam di Sarawak serta boleh membantu dalam perkembangan syiar Islam.

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web