Majlis Penyerahan Dokumen Opsyen Pelaksanaan Lembaga Pelabuhan Bintulu Sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan



01 Ogos 2023 - Majlis Penyerahan Dokumen Opsyen Pelaksanaan Lembaga Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan telah diadakan di Auditorium Menara Kidurong LPB pada hari ini.  Penyerahan Borang Opsyen telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan kepada kepada wakil pegawai LPB iaitu Kapten Hj. Zakhir Khan Bin Yusop dan disaksikan oleh Pengurus Besar LPB, En. Mizool Amir Bin Mat Drus, Setiausaha Bahagian PSM MOT, En. Stien Van Lutam dan Timbalan Pengarah Bahagian Gaji, Jabatan Perkhidmatan Awam, En. Mohd Shahir Bin Shaari.
 
Majlis  turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Puan Suzilla Binti Ibrahim, En. Guna Arulalan A/L Krishta, Setiausaha Bahagian Perolehan dan Kewangan, Pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Pelabuhan Bintulu.
 
Selesai majlis, KSU MOT dan rombongan  dibawa melawat sekitar perairan pelabuhan bintulu dengan menaiki kapal dan taklimat telah disampaikan oleh pihak operator pelabuhan iaitu BPSB.
 
 
  
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile