Semua pihak diharap menyumbang kepada Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu



BINTULU: Semua pihak diharap dapat menyumbang sesuatu apabila beroperasinya Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu yang berkos RM10.5 juta di Jepak di sini.

 

 
Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) Datuk Talib Zulpilip berkata, apabila siapnya kompleks itu pihaknya berharap dapat menjaga kebajikan dan kepentingan anak-anak yatim di sini dengan lebih baik.
 
Begitupun beliau menghargai dan berterima kasih atas sokongan semua pihak yang membantu dan menderma untuk menjayakan pembinaan kompleks anak yatim tersebut.
 
“Insya-Allah, harapan saya kami di Bintulu akan meneruskan khidmat kesukarelawanan untuk kompleks ini,” ujarnya dalam  ucapan aluan pada Majlis Malam Amal Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Katanya, kejayaan bagi pembinaan kompleks itu adalah hasil sokongan dan galakan Taib dan beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma sama ada yang besar ataupun kecil.
 
“Sejak hari pertama dilancarkan kami berjaya mengutip sehingga RM430,000 dan sedikit demi sedikit kami berjaya mengutip sehingga mencecah RM2 juta,” katanya yang juga Menteri Muda Pelancongan merangkap pengerusi SEDC dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak.
 
Ujarnya, untuk mengumumkan selebihnya kutipan derma sehingga malam ini adalah Pengerusi Lembaga Kebajikan Anak-anak  Yatim Sarawak yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.
 
Antara yang diumumkan ialah lima organisasi dan syarikat yang menderma sejuta ringgit iaitu Forego Sdn Bhd (RM1.1 juta),  Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) RM1 juta,Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) RM1 juta, Perbadanan Pembangunan  Ekonomi Sarawak (SEDC) RM1 juta dan MLNG Group of Companies (RM1 juta).
 
Manakala penderma selebihnya masing-masingnya RM500,000 disumbangkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak,  Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Eastbourne Corporation Bhd dan Bintulu Port Sdn Bhd.
 
Hock Lee Holdings Sdn Bhd dan Sarawak Plantation Bhd masing-masingnya menyumbang RM200,000, Hock Peng Reality Sdn Bhd (RM100,000), Shorefield Sdn Bhd (RM100,000), Yayasan Sarawak (RM100,000), Soon Hup Group of Companies (RM100,000), Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd (RM100,000) dan Barry Tan Chong Liang (RM100,000) serta beberapa penderma lagi yang keseluruhan derma yang diterima adalah berjumlah RM12,412,989.
 
 
Sumber: http://www.theborneopost.com/2012/04/23/semua-pihak-diharap-menyumbang-kepada-kompleks-kebajikan-anak-anak-yatim-bintulu/#ixzz2OqZHPwDv

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile