LAWATAN KERJA UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS) KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU



Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Nor 'Azura binti Mohamed Zohdi, Pengarah Kanan Seksyen Undang-undang telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan Bintulu pada 6 sehingga 8 Jun 2023. Turut bersama-sama beliau adalah YBrs. Puan Helina binti Dato’ Sulaiman, Peguam Kanan Persekutuan, Seksyen Undang-undang UKAS, YBrs. Puan Farhani binti Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-undang, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Puan Erwani binti Ismail, Peguan Kanan Persekutuan MOT, Puan Nesamalar a/p Kannan, Penasihat Undang-undang MOT, dan Encik Mohd Rezwan bin Abd. Razak, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) UKAS.  
 
Ketibaan delegasi telah disambut baik oleh Pengurus Besar LPB, YBrs. Encik Mizool Amir bin Mat Drus beserta pegawai-pegawai kanan LPB. Antara program yang diadakan bersempena lawatan kerja tiga hari ini merangkumi mesyuarat diantara pengurusan LPB dan delegasi bagi membincangkan isu-isu terkini dan juga lawatan ke kawasan operasi Pelabuhan Bintulu. 
 
 
  
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile