KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR SARAWAK (MEESTY)



Kuching, 9 Januari 2024 – Pengurusan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) diketuai oleh Pengurus Besar, En.Mizool Amir Bin Mat Drus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) YB Dr Hj Hazland Bin Hj. Abg Hipni di pejabat beliau. Turut hadir bersama pada sesi tersebut adalah wakil pengurusan daripada kedua-dua agensi.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kerjasama diantara LPB dan Kementerian Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak. Melalui sesi tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dan berkongsi maklumat bagi usaha ke arah memanfaatkan sumber tenaga yang lebih mampan. Ia sejajar dengan matlamat jangka panjang MEESty terutama dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
 
 

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile