LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK YANG BERHORMAT TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT MASING KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU



   

 

Pada 11 Ogos 2016, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Pelabuhan Bintulu. Turut bersama beliau dalam lawatan rasmi tersebut adalah Yang Berhormat Datuk Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Kemudahan Awam merangkap pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu, YB Datuk Lee Kim Shin, YB Majang Renggi, wakil Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak dan juga wakil- wakil dari JKR negeri.

 

Lawatan dimulakan dengan rombongan dibawa ke Auditorium Menara Kidurong, LPB untuk mendengar sendiri taklimat operasi pelabuhan yang disampaikan oleh Pengurus Besar LPB, YBhg. Dato’ Hj Hamdan Bin Hj Abdul Hamid. Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, rombongan dibawa ke Anjung Tinjau dan juga Menara kawalan bagi melihat sendiri kawasan dan operasi pelabuhan.

 

Lawatan diakhiri dengan rombongan dibawa kembali ke vip lounge auditorium bagi menikmati jamuan minum petang bersama-sama dengan kakitangan LPB.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile