PEJABAT JPJ NEGERI DAN CAWANGAN DIBUKA PADA HARI JUMAAT DAN SABTU



Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YBHG. DATO’ SRI ISMAIL BIN AHMAD

KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

 

Semua Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan akan membuka pejabat pada 22 November 2013 (Jumaat) sahaja untukPejabat JPJ dan Cawangan di Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan dan pada 23 November 2013 (Sabtu) sahaja untuk Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan yang lain.

 

Pembukaan pejabat pada hari Jumaat dan Sabtu ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan permohonan urusan JPJ yang tertangguh berikutan peralihan sistem SIKAP ke sistem mySIKAP. Waktu perkhidmatan kaunter di semua Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan akan beroperasi seperti biasa mulai jam 7.45 pagi bagi semua perkhidmatan JPJ.

 

Arahan pelaksanaan mengenai perkara ini telah diedarkan kepada semua Pengarah JPJ Negeri dan Ketua Cawangan di seluruh negara pada 20 November 2013.

 

Sekian.

 

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

21 November 2013


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile