MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) LEMBAGA PELABUHAN BINTULU KEPADA PUAN NORSIAH DAN PUAN NORSINAH, KPG SEBIEW BINTULU



  

  

 

Pada 11 Disember 2020, Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) diwakili Puan Hida Binti Jerman, Pengurus Pentadbiran, Kewangan dan Aset telah menyerahkan sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) LPB yang bertempat di Kpg Sibiew, Bintulu. Sumbangan yang dibuat adalah membaik pulih rumah penginapan dan pemberian barang keperluan asas kepada dua orang adik beradik warga emas iaitu Puan Norsiah dan Puan Norsinah.

YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) bersama-sama dengan Ketua Kampung Sibiew, Encik Saifulbahari telah menerima simbolik sumbangan daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu dan seterusnya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Norsiah dan Puan Norsinah.

LPB berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban serta memberi lebih keselesaan kepada Puan Norsiah dan Puan Norsinah.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile