Lawatan Kerja Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia ke Lembaga Pelabuhan Bintulu.



  

 

 

07 Februari 2020 - Lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan Bintulu ini merupakan lawatan kali pertama Datuk Isham Bin Ishak selepas perlantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 25 November 2019.  Lawatan ini juga turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Tuan Syed Nasir Syed Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOT daripada Bahagian Dasar, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Maritim dan Bahagian Undang-Undang.

Selain daripada sesi lawatan, satu mesyuarat turut diadakan untuk menerangkan status Pelaksanaan Lembaga Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan oleh Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu, Encik Zulkurnain Bin Ayub.

Rombongan daripada Kementerian ini juga telah dibawa mengikuti taklimat yang diadakan oleh pihak operator pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn. Bhd. di Terminal Operator Bintulu (BICT).


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile