Perhimpunan Bulanan bersama Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu



     

 

7 Mei 2019, Satu Perhimpunan Bulanan bersama Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu iaitu Tuan Zulkurnain Bin Ayub yang telah diadakan di Auditorium Menara Kidurong dan dihadiri oleh warga kerja LPB. Encik Mohammad Yoshikatriezan Bin Abeng membuat pengucapan awam secara bebas selama lima minit. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Pengurus Besar. Pelbagai perkara telah disampaikan oleh beliau iaitu, halatuju masa depan organisasi ini serta ingin menjadikan Pelabuhan Bintulu salah sebuah Pelabuhan Malaysia sebagai Transhipment Hub, berdaya saing dan produktif. Di samping itu juga, beliau turut menekankan pelaksanaan Digitalization Pelabuhan Bintulu juga harus dipercepatkan dan bersedia mendapat manfaat daripada 5G teknologi pada dua hingga tiga tahun akan datang dan sebagainya. Namun tidak ketinggalan juga penekanan kepada semua kakitangan LPB untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan usaha hendaklah melebihi sempadan.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile