PROSIDUR BAGI PERTUKARAN KREW DAN TRANSIT KELUAR PANTAI/LUAR PESISIR DI PELABUHAN BINTULU (PROCEDURES FOR CREW CHANGES AND SHORELEAVE)



                                                                  

                                                  BINTULU PORT AUTHORITY

                                                        KENYATAAN MEDIA
 
 
 
PROSIDUR BAGI PERTUKARAN KREW DAN TRANSIT KELUAR PANTAI/LUAR PESISIR DI PELABUHAN BINTULU (PROCEDURES FOR CREW CHANGES AND SHORELEAVE)
 
 
RUJUKAN:
1. Utusan Borneo; “ Periksa pekerja Petronas guna jeti kampung Pulau melayu sebagai transit ke luar pesisir” (tarikh terbit: 18 Ogos 2016)
 
2. The Borneo Post; “Bypasing work permits” (tarikh terbit: 18 Ogos
2016)
 
Kenyataan media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan berita (1) dan (2) diatas.
 
Merujuk kepada fakta berita terbitan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) menafikan dan menyangkal sama sekali dakwaan bahawa LPB kini telah menghentikan kemasukan pekerja luar pesisir Petronas yang menggunakan Pelabuhan Bintulu sebagai transit untuk ke Platform D35 dan Temana.
 
Melalui prosidur yang telah diwujudkan (Standard Operating Procedure for Crew Changes and Shoreleave), Pelabuhan Bintulu sejak dari awal operasi sehingga sekarang masih lagi membenarkan pekerja luar pesisir pantai menggunakan Pelabuhan Bintulu sebagai transit untuk ke platform (D35, Temana, Bayan, D35 dan lain-lain). Selain pekerja luar pesisir pantai Petronas, kemudahan untuk crew change ini juga digunapakai oleh pekerja luar pesisir syarikat lain seperti Syarikat Murphy Oil, FLNG, PCSB dan lain-lain lagi.
 
Antara keperluan yang terkandung dalam prosidur ini adalah;
 
I. The agent shall confirm that the Customs and Immigration Authorities have been informed as well
 
II. The Authority (security personnel) to ensure that the crew has been cleared by customs and immigration before they leave the marine facility.
 
III. The Authority to ensure that the duty security personnel check the crew against the list provided and check their IDs and Passports before allowing them to proceed to the ship.
 
IV. The Authority (security personnel) to ensure that the crew has been cleared by customs and immigration before they enter the port Melalui penguatkuasaan prosidur ini di Pelabuhan Bintulu, adalah diyakini bahawa isu pekerja luar pesisir pantai Petronas dihalang untuk menggunakan kemudahan Pelabuhan Bintulu sebagai transit untuk ke platform adalah tidak timbul dan tidak benar sama sekali.
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
 
 
DATO’ HAMDAN BIN ABDUL HAMID
PENGURUS BESAR, LEMBAGA PELABUHAN BINTULU
18 OGOS 2016
 
                              

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile