PROGRAM JALINAN MESRA MOT BERSAMA PELANGGAN 2016 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (JKJR) DI LANGKAWI FAIR SHOPPING MALL



  

Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menyertai Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelanggan 2016 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) pada 26 Mac 2016 di Langkawi Fair Shopping Mall Jalan Persiran Putra, Kuah,Langkawi, Kedah.

 

Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelanggan tersebut telah mendapat sambutan ramai daripada para pengunjung bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan perkhidmatan dan penerangan daripada jabatan dan agensi yang terlibat dan dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanak kanak dan pertandingan karoke untuk sesiapa berminat.

 

Di antara jabatan dan agensi yang turut serta pada Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelangganini adalah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB), Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan juga beberapa agensi awam dan swasta.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile