PROGRAM DERMA DARAH



Pada 10 Jun 2015, Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan (KSRK) Lembaga Pelabuhan Bintulu dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Bintulu telah menganjurkan kempen derma darah yang diadakan selama satu hari di perkarangan ruang legar Dewan Similajau, aras 1 Menara Kidurong.

Antara objektif program ini adalah membantu pihak hospital dalam menambah kuantiti stok darah di Hospital Bintulu yang semakin berkurangan. Selain itu ia juga memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan dalam aspek penjagaan kesihatan melalui penerangan secara bersemuka dengan pihak doktor. Program ini terbuka kepada semua pengguna pelabuhan yang berminat untuk menderma darah dan berjaya menarik seramai 29 orang penderma.


Manfaat dari menderma darah ini, penderma akan berasa lebih sihat berbanding sebelumnya kerana sel darah baru akan dihasilkan untuk menggantikan darah yang telah didermakan disamping dapat membantu orang lain. Adalah diharapkan program ini dapat memberi kesan positif kepada orang awam untuk bersama-sama menderma darah bagi membantu insan yang memerlukan.

 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile