LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PERSEKUTUAN MUDA-MUDI DARI GEREJA METHODIST CHING KWONG BAHAGIAN BM, KUCHING, SARAWAK



Pada 8 Disember 2014, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menerima lawatan seramai 14 orang dari Persekutuan Muda Mudi Gereja Methodist Ching Kwong Kuching, Sarawak. Aktiviti Kem Pelancongan yang diadakan oleh pihak Gereja Methodist Ching Kwong ini telah memilih Pelabuhan Bintulu sebagai salah satu destinasi lawatan mereka. Rombongan yang diketuai Rev. Nicholas Tan adalah terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan juga pelajar universiti. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi input kepada para pelajar tersebut mengenai Pelabuhan Bintulu dari segi operasi, bidang pekerjaan, fungsi lembaga pelabuhan dan operator pelabuhan serta industri-industri yang terlibat di sekitar kawasan Pelabuhan Bintulu. Pada pengakhiran lawatan tersebut, rombongan dari Gereja Methodist Ching Kwong ini telah dibawa ke Anjung Tinjau untuk melihat suasana kawasan Pelabuhan Bintulu.

  


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile