Majlis Penyerahan Bantuan kewangan kepada Penerima Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak, Cawangan Bintulu



Bintulu, 05 Disember 2023 – Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menyantuni golongan Asnaf serta menyerahkan bantuan kewangan kepada penerima bantuan Tabung Baitulmal Sarawak, cawangan Bintulu bertempat di Pejabat Baitulmal Bintulu. Bantuan ini merupakan sebahagian 1/8 agihan balik zakat perniagaan LPB tahun 2023 yang telah dikembalikan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
 
Majlis ini telah diketuai oleh Encik Awang Jahmari bin Awang Junaidi, Pengurus Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kebombaan.  Beliau diiringi oleh Encik Terry Petrus ak Tawi, Pengurus Pentadbiran dan Encik Brandon ak Rijang, Pengurus Komersial beserta rombongan dari LPB. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak, cawangan Bintulu, Encik Zaini bin Ramli. 
 
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam meneruskan kehidupan seharian.
 
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile