Majlis Tandatangan Perjanjian Pajakan antara Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Supply Base



                      

Pada 19 April 2018 telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian pajakan diantara Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Supply Base Sdn Bhd yang telah disaksikan oleh Ketua menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Majlis yang diadakan di Hotel Pullman Kuching turut dihadiri oleh wakil kerajaan negeri, wakil industri, wakil syarikat kewangan, wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia dan juga wakil media.

LPB telah diwakili oleh Pengerusi Encik Hadzri bin Hj Abang dan Pengurus Besar Encik Zulkurnain Bin Ayub manakala Bintulu Supply Base Sdn.Bhd. diwakili oleh pengerusinya Encik Ahmadi Yusoff dan Pengarah Datuk Ahmad Redza Abdullah.

Bintulu supply base yang akan dibina di Dermaga Kedua Pelabuhan Bintulu ini akan melalui beberapa fasa pembangunan bergantung kepada permintaan dan keperluan industri minyak dan gas di Sarawak.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile