PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI LEMBAGA PELABUHAN LABUAN



Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) akan mengadakan pertandingan Mencipta Logo Rasmi LPL. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Hadiah Wang Tunai berserta sijil dan plak penghargaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Mac 2018.Syarat-syarat pertandingan adalah: 

 

 

Syarat & Terma Pertandingan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.

 

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.  Walaubagaimanapun hanya SATU LOGO akan dipilih sebagai pemenang.

 

  1. Semua ciptaan logo mestilah BAHARU, ASLI dan TIDAK DICEDUK / DITIRU / DICIPLAK dari mana-mana logo yang digunapakai samada dalam negeri mahupun luar negara.

 

  1. Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Rasmi Lembaga Pelabuhan Labuan akan menjadi HAK MILIK Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) dan tidak boleh dikembalikan.  LPL turut berhak ke atas logo yang tidak terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

Spesifikasi Reka Bentuk Logo

  1. Selain daripada mematuhi syarat di perenggan di atas, REKA BENTUK LOGO mestilah TIDAK mengandungi unsur-unsur atau elemen-elemen yang boleh di anggap sensitif dan / atau menyinggung mana-mana pihak.

 

  1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga berhubung logo yang dicipta.  Penyertaan akan TERBATAL DENGAN SENDIRINYA sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak mematuhi syarat di perenggan 2.2(a) di atas.

 

  1. Reka bentuk hendaklah disediakan dalam bentuk hardcopy menggunakan KERTAS BERSAIZ A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) dan berwarna putih, menggunakan komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal  atau mounting board, disediakan juga dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau mana-mana perisian (software) terkini di pasaran yang bersesuaian.

 

  1. Pereka hendaklah memberi KETERANGAN atau RASIONAL (penjelasan) ke atas reka bentuk logo, simbol serta warna yang digunakan.

 

  1. Warna yang digunakan haruslah TIDAK KURANG dari DUA (2) warna dan TIDAK MELEBIHI empat (4) warna.

 

  1. Reka bentuk LOGO haruslah mempunyai ciri gabungan moden dan futuristik serta menggambarkan sebuah pelabuhan yang moden dan maju.

 

  1. Reka bentuk LOGO hendaklah menarik, jelas, mudah difahami dan kemas.

Borang Penyertaan

  1. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

 

  1. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:

 

  1. Nama Penuh;
  2. Nombor  Kad Pengenalan;
  3. Alamat Penuh; dan
  4. Nombor Telefon.

 

  1. Penyertaan dibuka mulai 22 Febuari2018 (Khamis) sehingga 9 Mac 2018 (Jumaat).

 

  1. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 9 Mac 2018 TIDAK AKAN DILAYAN oleh Urus Setia.

 

  1. Di sebelah atas kiri sampul hendaklah DITULIS “Pertandingan Mencipta Logo Rasmi Lembaga Pelabuhan Labuan”.

 

  1. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat dan e-mel berikut:

           

Urus Setia,

Pertandingan Mencipta Logo Rasmi Lembaga Pelabuhan Labuan

Tingkat 5, Menara Kidurong, KM 12, Jalan Tanjung Kidurong

Peti Surat 296, 97007 Bintulu,

SARAWAK

 

Telefon:         086 - 232 880

E-mel:             brandon@bpa.gov.my

 

g)         Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

 

 

HADIAH PERTANDINGAN          

5.1       Hanya satu ciptaan akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2, 000.00 (Ringgit Malaysia:  Dua Ribu sahaja), sebuah plak dan sijil penghargaan.

 

5.2       Pemenang akan dimaklumkan oleh Urus Setia melalui telefon, surat dan / atau atau e-mel. Keputusan LPL adalah MUKTAMAD.

 

** Syarat-syarat dan borang pertandingan boleh di muat turun pada pautan dibawah

SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI LPL.pdf

 

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI LPL.pdf


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile