MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2016, PERSARAAN, PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KIK DAN BCMS



  

 

 

Majlis Makan Malam Sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Persaraan dan Penyampaian Sijil untuk ahli KIK & BCMS telah diadakan pada 3 Mac 2017 bertempat di Parkcity Everly Hotel Bintulu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan LPB berserta ahli keluarga masing-masing. Majlis makan malam diadakan adalah untuk memberi penganugerahan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan dalam tahun 2016. Antara penerima-penerima APC bagi tahun 2016 adalah En. Terry Petrus Anak Tawi, Cik Haslinda Bt Mohd Suib, Cik Hamisah Bt Tahir, Puan Zarina Bt Mohd Brohanudin, Puan Zulaikha Bt Liman, Puan Norhashimah Bt Narudin, Encik Azhar Bin Nasir, Encik Faizan Bin Sauni, Encik Manja Bin Bujang & Encik Wan Razali Bin Wan Hashim. Majlis makan malam yang diadakan turut meraikan kakitangan yang bakal dan telah bersara pada tahun 2017 ini iaitu Pengurus Besar LPB, Y.Bhg Dato' Hamdan Bin Hj Abdul Hamid yang akan bersara pada bulan Mac, Encik Yusuff Ali yang telah bersara pada bulan Januari dan Puan Hajah Hamisah Ariffin yang akan bersara pada bulan Disember 2017. Tidak ketinggalan juga penyampaikan sijil penghargaan kepada ahli KIK LPB yang telah memenangi pertandingan KIK peringkat Kementerian dan juga ahli BCMS LPB yang telah berjaya memperoleh persijilan.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile