PROGRAM JALINAN MESRA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA SEMPENA MINGGU PELABUHAN (PORT WEEK) LPJ 2016



Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menyertai Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelanggan 2016 sempena Minggu Pelabuhan (Port Week) yang telah dianjurkan oleh Lembaga Pelabuhan Johor  pada 15 hingga 16 Oktober 2016 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di AEON Permas Jaya Shopping Centre, Johor Bahru.  Antara aktiviti yang diadakan sempena program ini adalah pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, pameran dan pertunjukan inovasi, pameran binatang eksotik, pertandingan mewarna dan juga persembahan pentas dan kebudayaan.

 

Selain daripada itu juga, pihak LPJ turut menganjurkan “Port of Johor Treasure Hunt 2015” yang disertai oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.  Program ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai dan mereka amat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari program ini dijalankan.

  

  

 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile