Latihan Pengungsian Bangunan Pelabuhan Bintulu



  

 

Latihan sebegini merupakan latihan tahunan yang perlu dijalankan bagi menguji kesiapsiagaan semua anggota pada tiap-tiap masa dan mampu bertindak dengan cekap dan pantas sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini.

Latihan yang diadakan melibatkan Bomba LPB, Polis Bantuan LPB, ERT Team LPB, Bomba BPSB dan Polis Bantuan BPSB. Senario latihan adalah berkaitan dengan ancaman bom dan tindakan pengusian bangunan serta meningkatkan level ISPS Code telah dijalankan mengikut arahan Pengurus Keselamatan dan Kebombaan. Satu situasi pula telah mengaktifkan pasukan ERT untuk membuat Search and Rescue kerana dilaporkan terdapat seorang mangsa telah terperangkap dalam bangunan Menara Kidurong dan dalam keadaan tercedera. Mangsa yang tercedera telah dihantar ke hospital.

Kesemua penghuni Menara Kidurong telah dikumpulkan di tempat berkumpul yang terletak di tempat letak kereta di perkarangan pejabat BPSB. Fire warden dari setiap tingkat yang telah dilantik adalah untuk memastikan setiap penghuni di bawah jagaan mereka keluar dengan selamat. 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile