Kejohanan Ping Pong APA Malaysia 2015



  

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong APA Malaysia 2015 pada 14 – 15 November 2015 bertempat di PTTA Training Centre, Georgetown, Pulau Pinang. Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menyertai kejohanan tersebut dengan menghantar 11 orang peserta mengikut pelbagai kategori yang dipertandingkan.

 

Objektif utama kejohanan tersebut adalah untuk memilih pemain – pemain ang berbakat dan berpotensi untuk mewakili Malaysia bertanding di peringkat Kejohanan Sukan APA di Vietnam pada tahun 2016. Kontigen dari Lembaga Pelabuhan Bintulu yang diketuai oleh En. Ahmad Zakaria sebagai Pengurus Pasukan telah mendapat tempat ke – 3 bersama dalam kategori Mixed Double (En. Azhar Nasir & Pn Saebah), Women Single (Pn Nadhirah Abdullah), dan Women Double (Pn Noorhayati Ramli & Cik Nurul Ain Marzuki). Pencapaian Kejohanan Ping Pong APA kali ini meninggalkan kenangan manis buat seluruh warga kerja kerana pasukan ‘underdog’ seperti ini mampu meraih mata kemenangan dalam kejohanan tersebut.

 

Ini telah membuktikan wakil dari Lembaga Pelabuhan Bintulu juga mampu berdaya saing dalam kejohanan disamping mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga pelabuhan di seluruh Malaysia. 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile