Kejohanan Badminton MOT 2015 Piala YB Menteri Pengangkutan Malaysia di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur



  

Pada 30 & 31 Oktober yang lalu, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menghantar Sembilan (9) orang kakitangan untuk mewakili Lembaga Pelabuhan Bintulu ke Kejohanan Badminton MOT 2015 Piala YB Menteri di Sports Arena Sentosa, Kuala lumpur. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori terbuka beregu lelaki, beregu veteran lelaki dan beregu wanita.

 

Kejohanan tersebut telah disertai oleh 20 pasukan yang mewakili 16 agensi awam dan swasta yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Laut Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Bintulu, PUSPAKOM, Jabatan Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang juga merupakan tuan rumah kepada Kejohanan tersebut.

 

Agensi swasta yang terlibat adalah terdiri daripada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Westport Holding Berhad, Northport Sdn Bhd, PROTON, Perodua dan MMC Group. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YBhg. Dato’ Chua Kok Ching dan majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia.

 

Tempat pertama kejohanan telah dimenangi oleh Jabatan Laut Malaysia, tempat kedua dimenangi oleh MMC GAMUDA, tempat ketiga pula milik PERODUA dan tempat keempat pula jatuh kepada pasukan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile