LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU



Pada 20 April 2015, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Ab Aziz Kaprawi telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan Bintulu. Turut serta mengiringi beliau dalam lawatan kerja tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Baharin bin Dato’ Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Laut Sarawak, Tuan Haji Dickson Bin Dollah.

Lawatan dimulakan dengan rombongan telah dibawa ke Auditorium Menara Kidurong, LPB untuk mendengar sendiri taklimat operasi pelabuhan yang disampaikan oleh Pengurus Besar LPB, YBhg. Dato’ Hj Hamdan Bin Hj Abdul Hamid. Setelah itu, rombongan dibawa naik ke Anjung Tinjau di aras 11 Menara Kidurong untuk melihat kawasan operasi pelabuhan.

Lawatan diakhiri dengan rombongan dibawa ke Dewan Similajau bagi menikmati jamuan makan tengah hari bersama-sama dengan kakitangan LPB.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile