Sesi Pembentangan Cadangan Tarif Non-LNG (Tarif Baru Bagi Perkhidmatan Pengendalian Kontena) Pelabuhan Bintulu Bersama Pengguna Pelabuhan



Pada 3 Februari 2015 yang lepas, bertempat di Auditorium LPB, satu sesi pembentangan cadangan tariff baru bagi perkhidmatan pengendalian kontena telah diadakan bersama pengguna pelabuhan.

 

Dalam sesi ini, seramai 86 orang wakil dari komuniti pelabuhan (ejen perkapalan/pemilik kapal/pemilik kargo), termasuk dari Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Sdn Bhd telah melibatkan diri. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar (Operasi), Kapten Zakhir Khan Yusop.

 

Antara objektif sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas berhubung cadangan tariff baru ini dimana ianya kini dalam fasa deraf terakhir sebelum dilaksanakan.

 

Sesi soal jawab juga telah berjalan dengan lancar yang mana beberapa panel jemputan dari LPB dan BPSB telah memberikan maklumbalas-maklumbalas kepada setiap pertanyaan yang diajukan oleh komuniti pelabuhan dalam sesi tersebut.

 

Secara keseluruhannya, cadangan tariff baru ini mendapat respons positif dari pengguna pelabuhan. Laporan penuh berhubung sesi pembentangan ini akan dibawa ke perhatian pihak Pengurusan LPB untuk tindakan selanjutnya.

 

 

  


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile