PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DARI ADTEC BINTULU



           

04 November 2014– Buat julung-julung kalinya pihak Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah menerima lawatan sambil belajar dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi Bintulu (ADTEC) dalam usaha mereka menjayakan pelaksanaan amalan 5S di organisasi mereka. 

 

Pihak ADTEC memilih LPB sebagai destinasi utama lawatan sulung mereka kerana LPB merupakan organisasi contoh yang telah menerima Penganugerahan Pensijilan Amalan Berkualiti 5S.  Pemilihan LPB turut dicadangkan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Kuching sebagai tempat rujukan atau penanda aras kepada pihak ADTEC di dalam pelaksanaan amalan 5S ini.

 

Lawatan berkenaan diketuai oleh Pn Hamizatul Azura Binti Hamzah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan selaku Penyelaras 5S di ADTEC turut disertai seramai 9 orang Jawatankuasa Induk  serta wakil ADTEC.Antara objektif utama lawatan ini diadakan ialah bagi mempelajari pelaksanaan 5S di LPB di samping berkongsi pengalaman dalam melaksanakan sistem pengurusan persekitaran yang selesa, berkualiti dan kondusif. 

 

Rombongan tiba di Menara Kidurong pada jam 9.15 pagi dan telah disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa Pemandu  5S LPB yang diketuai oleh Cik Nur Rashiqah Suhaili, selaku Penyelaras 5S LPB. Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Kapt. Zakhir Khan Bin Yusop dan seterusnya taklimat 5s yang disampaikan oleh Penyelaras 5S LPB.

 

Rombongan dibawa melawat ke setiap Zon yang terdapat di LPB.  Diantara lokasi yang menjadi tumpuan pelawat itu ialah sudut 5S di setiap zon, stor, bilik fail dan juga ruang pejabat.  Lawatan kemudiannya berakhir dengan jamuan ringan.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile