|
|
![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() |
![]() |
BANGUNAN BARU IBU PEJABAT KORPORAT
Bangunan baru ibu pejabat korporat Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah bertaraf “Ultra-Modern” dengan kelengkapan teknologi terkini dan ianya adalah satu-satu bangunan berkelengkapan teknologi tinggi yang terunggul di kawasan Bintulu ini. Lokasi bangunan ini terletak di Tanjung Kidurong, dan ianya merupakan satu mercu tanda dan menjadi daya penarik kepada “tenant” untuk menempatkan syarikat mereka bagi berurusan dengan pelabuhan.
Rekabentuk bangunan ini di bina berasaskan”One-Stop concept” atau berurusan setempat untuk pengguna pelabuhan dan dengan adanya kelengkapan teknologi terkini ianya akan menjadikan pemangkin utama bagi peniaga untuk mencapai kemajuan serta kemudahan di dalam mengendali urusan transaksi perniagaan masing-masing.
Luas kawasan bangunan ini adalah 8,443.7 meter persegi dengan kemudahan serba canggih serta menawarkan kadar sewaan yang berpatutan untuk mereka yang berminat menempatkan operasi nya di bangunan ini.
Bangunan ini juga akan menempatkan beberapa agensi, pengguna pelabuhan dan syarikat yang ada berurusan di sekitar kawasan Tanjung Kidurong , disamping kemudahan berikut :
n Ibu pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu
n Menara kawalan dengan kemudahan penglihatan yang lebih luas.
n Pengguna Pelabuhan Bintulu.
n Jabatan Kerajaan /Agensi
n Syarikat persendirian.
n Bank
n Agen Perkapalan
n Agen “Fowarder”.
STATUS : Penuh
Kadar penyewaan di Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu
Tingkat Bawah & Satu : RM3.00/kaki persegi/bulan
Tingkat 3 -7 : RM2.00/kaki persegi/bulan
Kadar ini tidak termasuk caj perkhidmatan. Caj perkhidmatan akan ditetapkan pada kos.
Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi kami melalui email berikut :-
Anuar Aikne - anuar@bpa.gov.my
Zulkifli Talib - zuta@bpa.gov.my
Disclaimer All materials and data posted in our website is for informational purposes only. The Bintulu Port Authority and the government of Malaysia expressly disclaim all liabilities to any person or entity for any
loss or damage arising out of or in relation to the usage or reliance of the whole or any part of any information obtained from this website.
Polisi Privasi & Keselamatan ICT LPB
Copyright (c) 2008 Bintulu Port Authority. All Rights Reserved.
Best viewed in 1024x768 resolution